Thursday, January 15, 2015

ketahui jenis air kencing anda

Bila buang air kecil pernah tak anda perasan ada perubahan pada warna air kencing anda.ketahui apa makna disebalik warna air kencing anda

Jernih
Warna jernih tak ubah seperti air biasa menandakan kita banyak minum air putih.
bagus kalau minum banyak air putih tapi kalau minum terlalu berlebihan dari yang sepatutnya,kandungan garam dalam tubuh kita akan berkurangan.tapi jangan risau,ianya kurang memberi masalah kepada kesihatan .


Kekuningan

Warna kekuningan yang cair dan samar2 menandakan anda minum air putih dengan secukupnya dan anda tidak mengalami masalah dehidrasi.namun jika kuningnya agak pekat dan gelap masa untuk anda untuk minum lebih banyak air putih.

coklat


Masalah besar jika air kencing anda berwarna coklat dan keperangan kerana ini menandakan tubuh anda mengalami kekurangan air dan ianya mungkin bersangkut paut dengan masalah hati dan hempedu.rujuk doktor dengan segera.



Kemerahan atau merah muda

Ini menandakan dalam air kencing anda terdapat darah.Ada banyak penyakit bersangkut paut dengan air kencing mengandungi darah antaranya buah pinggang, batu karang dan kanser prostat.

No comments:

Post a Comment